Isnin, 5 Disember 2011

[Muslimat] - Wanita, Ibu dan Bola Sepak

Hari ini kita lihat sukan bola sepak menjadi tumpuan kepada semua orang , baik lelaki, wanita , muda dan tua.Kanak-kanak juga cukup sebati dengan dunia bola hari ini..Hari ini para isteri juga terpaksa turut serta menonton piala dunia memandangkan minat sang suami..Begitu juga dengan situasi ibu yang berhadapan dengan karenah anak sampai sanggup miss aktiviti lain semata-mata kerana bola. Nampaknya para ibu perlu memandang bola sepak hari ini dengan pandangan yang cukup positif.Terlalu banyak nilai-nilai murni dalam permainan bola sepak.Suatu permainan yang memerlukan gerak kerja secara amal jamaie, sefikrah dan mempunyai perjuangan dan matlamat yang satu iaitu menjaringkan gol. Setiap sisi ada kekuatan dan kelemahannya, semua memainkan peranan masing2.Tak salah anak-anak minat bola..Tengoklah bola mainlah bola tetapi biarlah berlandaskan kepada Al-Quran dn Sunnah diantaranya terapkan pakaian yang menutup aurat. Dan yang paling penting tanamkan kepada minda anak2 semua kejayaan hanya akan tercapai dengan TAQWA kepada ALLAH S.W.T .Kekuatan yang paling jitu dalam mencapai kejayaan dalam permainan bola sepak bukan terletak pada KAKI tetapi pada HATI.


Renungan dari seorang ustaz :
kita ibarat pemain bola.hanya 11orang yang berusaha utk menjaringkan gol.dan yang beribu2 yang lain sebagai penyokong.begitulah kita. Ramai yang menyokong kerja2 Islam,tetapi tidak ramai yang sanggup bekerja untuk Islam. [Jadi buatlah keputusan samada diri kita ini ingin menjadi sebahagian dari mereka yang berkerja utk ISLAM atau sekadar pemerhati dari jauh ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan