Jumaat, 7 Oktober 2011

Peranan Muslimat di Medan Amal Islami


Peranan Muslimat Di Medan Amal Islami
Penulis: Al-Syeikh Dr Faisal Mawlawi (penasihat Agama pertubuhan Organisasi-Organisasi Islam Eropah)
Penterjemah: Nafisah Hj. Md Tahir (Pensyarah APSA)
Penerbit: JUNDI RESOURCES
Harga: RM5.00


“Isteri tidak aktif dalam jemaah kerana sikap suami? Pandangan yang merungkaikan persoalan mengapa muslimat tidak aktif dalam gerak kerja Islam. Benarkah ia berpunca dari sikap kaum lelaki?”

Membaca teks daripada kata pengantarnya Ust Riduan Mohamad Nor sahaja sudah mampu menaikkan semangat dan roh perjuangan sebagai seorang muslimat. Dipaparkan penentang-penentang agama yang terdiri daripada kaum hawa seperti Ummu Jamil, Hindun binti Uthbah, Zainab binti al-Harith yang telah meracun baginda juga dua lahirnya wanita berhati kering di zaman moden yang membantai umat Islam seperti Condolezza Rice dan Lipni.

Jika disoroti langit sejarah juga turut menyaksikan sosok Muslimat ulung yang memainkan peranan penting dalam menegakkan Islam seperti Sumayyah, Khaulah, Aishah, Ummu Nusaibah yang menjadi perisai Nabi SAW ketika di medan Uhud. Juga di era moden , lahirnya Zainab Al-Ghazali bersama-sama Aminah Qutb dan Hameedah Qutb yang menjadi mangsa kerakusan di jeriji besi dan ramai lagi.


[Jika saya seorang muslimin membaca ini membuatkan hati saya sangat terpukul. Manakala sebagai seorang muslimah saya membaca dengan perasaan yang bercampur baur. Begitu banyak keistimewaan, peluang dan ruang yang membela muslimat untuk terus ke hadapan dalam membantu medan amal islami masihkah kita mahu mengelak? Masihkah mahu berbantah-bantah memberi alasan itu dan ini? Masihkah mahu terus memberi alasan tidak hadir program? -SUMBER]

1 ulasan:

  1. nak beli buku nie..mcm mane nak dptkan buku nie Yee??

    BalasPadam