Jumaat, 7 Oktober 2011

Keperibadian Seorang Muslimah dari Al Quran & As Sunnah

Keperibadian Seorang Muslimah dari Al Quran & As Sunnah
Penulis:Dr Muhammad Ali Hasyimi
Penterjemah:Hj Juanda Hj Yahya
Terbitan:Maktabah Al Qardhawi
ISBN:978-967-308-119-6
Harga:RM 60.00



Buku ini memfokuskan keperibadian wanita Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam berdasarkan petunjuknya dalam pelbagai sudut kehidupan dan menepati petunjuknya yang bijaksana dalam pembentukan 'aqal, ruh, jiwa, akhlaq dan sikap.

  1. Menjelaskan revolusi besar yang dilakukan oleh Islam terhadap wanita daripada jurang kemunduran, kehinaan, kehilangan dan keperluan kepada ketinggian kemajuan, kemuliaan, keamanan dan kecukupan.
  2. Mendedahkan perhatian sepenuhnya yang diberikan oleh Islam terhadap wanita dalam pembentukan keperibadian wanita dalam bentuk yang sempurna dan menyeluruh dalam setiap sudut keperibadian diri, keluarga dan masyarakat sehingga pembentukan ini mencapai kemuncaknya yang tinggi yang tidak pernah dicapai oleh wanita kecuali dalam Islam.
  3. Menjelaskan melalui nas-nas sohih yang qat'ie daripada Kitab ALLAH dan sunnah Rasulullah sollALLAHU 'alaihi wasallam tentang perimbangan yang tetap lagi teliti yang telah dilaksanakan oleh Islam dalam pembentukan keperibadiannya di mana satu sudut tidak melampau daripada sudut yang lain, sebagaimana yang berlaku dalam pelbagai masyarakat yang mendidik wanita dengan manhaj yang pincang yang kebanyakannya dikongkong oleh hawa nafsu, syahwat, bid'ah dan kefahaman yang menyeleweng.


Semua ini dipersembahkan dengan gaya yang indah lagi kukuh, menghimpunkan keaslian dan kedalaman pemikiran dengan keindahan persembahan dan kekuatannya. [SUMBER]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan