Jumaat, 7 Oktober 2011

[Hadis] Muraqabah


Dari Abu Hurairah katanya, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesetengah daripada kebaikan keislaman seseorang ialah apabila ia suka meninggalkan apa-apa yang tidak memberi kemanfaatan kepadanya-yakni ia tidak  memerlukan untuk mencampuri urusan itu”.

[Riwayatkan oleh Imam Termidz]
Hadith 67, Bab 5, Bab Muraqabah, Kitab Riyadhus Shalihin

KETERANGAN: 

Meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah misalnya sesuatu yang memang bukan urusan kita atau sesuatu yang terang salahnya atau batil,maka tidak berguna kita membela atau menolongnya.Demikian pula sesuatu yang  bila kita campuri,maka ia bukannya makin baik dan mungkin mencelakakan kita sendiri.Semua itu hendaklah 
ditinggalkan jika ingin menjadi seorang muslim yang baik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan