Selasa, 18 Oktober 2011

Cawangan Pertama - APSA Sabah.


Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) Cawangan Sabah secara rasminya telah beroperasi pada 15 & 16 Okt 2011 di Taman Ria ,  Tawau . Alhamdulillah segala perancangan , gerakerja serta organisasi yang telah disusun ternyata memberi hasil yang bermakna dengan menyaksikan APSA Cawangan Sabah telah dirasmikan oleh Ust.Wahibah Twahir selaku Timbalan Ketua Pengarah 2 APSA Pusat pada 15 Okt 2011, Sabtu  pada jam 11.00 pagi.

Staf APSA Pusat juga turut membantu APSA Cawangan Sabah bagi memastikan semua perjalanan gerakerja berjalan dengan lancar dan lebih  tersusun .Pada 15 Okt 2011 , Sabtu seramai 42 orang pelajar Muslimat  telah mendaftar dan mengikuti Majlis Tawjihat  yang dimulai dengan  Solat Sunat  Isyraq, Tasbih  dan Dhuha secara berjemaah. Kemudian, semua pelajar mengikuti slot  ta’aruf agar lebih mengenali antara satu sama lain bagi  memudahkan sesi pembelajaran di dalam bilik kuliah .  Disusuli taklimat ringkas daripada Setiausaha APSA Pusat ,Saudari Siti Mursyidah Ramly dan berakhir dengan perasmian serta penyerahan mandat oleh Ust Wahibah Twahir kepada semua  pelajar APSA .

2 orang pensyarah yang terlibat di dalam sesi pengajaran iaitu Ust.Wahibah Twahir dan Ustazah Sunaini Hj Zainal. Secara keseluruhan APSA Cawangan Sabah beroperasi dengan baik sekali serta berjalan lancar.Segala masalah yang timbul mampu diselesaikan dengan baik sekali oleh semua kakitangan APSA Cawangan Sabah. Kita doakan semoga APSA Cawangan Sabah  terus istoqamah dan itqan dalam merealisasikan untuk melahirkan muslinat yang A’limah, Harakiyah dan Sufiyyah.Tahniah APSA Cawangan Sabah!!..Andalah Perintis APSA Cawangan di Malaysia.TAKBIR!!!!

Penyerahan Mandat

Taklimat oleh ibunda Ustazah Wahibah

Sesi Pembelajaran

Sesi Bacaan Ikrar pelajar

Perbincangan Dalam Kumpulan


gandingan AJK APSA Pusat & Borneo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan