Rabu, 7 September 2011

PENGENALAN


AKADEMI PENGAJIAN SAIDATINA AISYAH (APSA) adalah sebuah organisasi yang berdaftar sebagai badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  yang menawarkan pelbagai latihan, kursus, perundingan dan bimbingan dalam aspek keilmuan dan kepakaran dari semasa ke semasa secara profesional dan efisyen khusus kepada para muslimah.

AKADEMI PENGAJIAN SAIDATINA AISYAH (APSA) mengambil sempena nama Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a yang terkenal dengan keilmuan yang diperolehi secara langsung daripada Rasulullah S.A.W. Beliau telah meriwayatkan sekian banyak hadith dan menjadi pusat rujukan para sahabat dan sahabiyah dalam pelbagai bidang ilmu.

Pada peringkat awal operasi, APSA menawarkan kursus pelatihan secara khusus dan berterusan kepada naqibat dan bakal naqibat bertaraf diploma bagi memberikan lonjakan dalam pembudayaan ilmu dan aspek pentarbiyyahan dalaman para muslimat. Selain itu, beberapa kursus elektif sebagai nilai tambah turut dibuka kepada para muslimah yang berminat untuk meningkatkan kemahiran diri dari semasa ke semasa.

Untuk memastikan APSA terus berkembang dan menjadi institusi yang sentiasa memenuhi keperluan muslimah dalam menghadapi perubahan semasa, pelbagai modul berkaitan kewanitaan dan kekeluargaan sedang dirangka dari masa ke semasa. Pada satu hari kelak, APSA mampu menawarkan kursus-kursus yang berdaya saing dengan institusi yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan mampu melahirkan golongan muslimah yang berjuang menegakkan amar ma’ruf nahi mungkar dalam kerangka pembudayaan ilmu-ilmu Islam.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan