Rabu, 7 September 2011

AISYAH HUMAIRA' PUBLICATION

PENGENALAN
Aisyah Humaira’ Publication (AHP ) merupakan inspirasi dan ilham Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA ) untuk meluaskan gerakerja dakwah melalui penulisan. Aisyah Humaira’ mengambil sempena nama Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a yang terkenal dengan keilmuan yang diperolehi secara langsung daripada Rasulullah S.A.W. Beliau telah meriwayatkan sekian banyak hadith dan menjadi pusat rujukan para sahabat dan sahabiyah dalam pelbagai bidang ilmu. 

Dakwah melalui penulisan juga sebahagian daripada unsur dakwah yang amat penting di dalam penyebaran Islam. Justeru, AHP mengambil tangungjawab dan amanah untuk meneruskan agenda penulisan ini sebagai salah satu wasilah dakwah untuk mencapai matlamat mengajak manusia ke arah makruf dan mencegah mungkar. Semoga usaha kecil AHP ini mampu memperolehi rahmat dan redha dari ALLAH S.W.T.

VISI


MISI
Menghasilkan lima karya terjemahan dan 5 karya ilmiah setahun.

OBJEKTIF
  1. Menghasilkan bahan-bahan rujukan kepada para pelajar APSA, muslimat dan umum.
  2. Mengumpulkan bahan-bahan pembelajaran APSA, dan bahan-bahan yang berkaitan dengan keilmuan, kerohanian dan perjuangan muslimat.
  3. Menerbitkan karya ilmiah untuk meluaskan kerja-kerja dakwah.
  4. Membantu pengumpulan dana APSA.

LOGO



Tiada ulasan:

Catat Ulasan